ALHADDAD BUKAN MLM

Assalamualaikum,

Sebenarnya sebelum saya join, saya tak nampak apa beza syarikat ini dengan syarikat MLM yang sudah saya sertai (macam2 keahlian saya ada), tetapi bila dah join, barulah tahu beza dan betapa mudahnya perniagaan ini. Tidak ada BV ke SV tetapi semua komisyen setiap jualan adalah RM (duit) bukan point.

Contoh:

Setiap jualan Tamar Koko- Hrga Ahli RM 19.08 (amaun ini anda bayar pada stokis). Tetapi RM 0.70 akan dimasukkan ke dalam akaun usernama keahlian anda (bagi yang sudah mendaftar sebagai ahli). RM 0.70 ini anda boleh kumpul dan kalau rasa dah banyak, anda bolehlah isi maklumat bank di dalam akaun Al-Haddad tu. Contohnya, bulan itu anda beli 5 peket Tamar Koko. Ini bermakna anda dapat RM 0.70x5pc = RM 3.50 dalam akaun anda. Setiap hujung bulan, syarikat akan membuat pembayaran ke dalam akaun anda. Tetapi kos transfer sebanyak RM 2.00 akan dikenakan oleh bank. Jadi, anda dapat RM 1.50 sahaja dalam akaun bank.

Oleh itu, nasihat saya, isikan nombor akaun bank itu apabila anda yakin, amaun tu berbaloi untuk di tolak caj transaksi oleh pihak bank. Siapa nak bagi duit bila beli barang, walaupun 10 sen. Ini belum lagi komisyen kalau anda ada ahli lain di bawah. Bertambah banyakla jadinya, kan. Apalagi, jom masuk ahli dan tubuhkan team sendiri untuk dapatkan berbagai lagi insentif dari syarikat.

11147576_916910815027953_771609187321690429_n

Kalau faham memang terbaik lah. Kalau tak faham, roger saya segera yer..

 

Advertisements

ASSALAMUALAIKUM DUNIA!

all prodTak kenal maka tak cinta! Itulah ayat yang sememangnya benarĀ  dan tepat bagi anda yang belum mengenali produk keluaran Al-Haddad Marketing.

Jika dah kenal, barulah anda mahu mencuba dan membeli produk keluaran Muslim ini yang sememangnya bagus dan menjana ekonomi ummah.

Antara produk yang terkenal ialah Tamar Cocoa atau singkatan namanya TC. Produk lain yang tidak kurang hebatnya seperti produk yang berada di pasaran seperti Kopi Tongkat Ali, Kopi Kacip Fatimah, Krim Rambut Natural, Sabun pencuci baju dan banyak lagi produk yang boleh anda guna dan beli malah dengan setiap pembelian, anda mendapat wang. Bagaimana tu? Inilah sebabnya anda perlu kenal dan ambil tahu.

Semua ini akan diceritakan dalam post seterusnya.